KUALA LUMPUR: Pendaki gunung, N. Elanghovan, menerima Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia tertua mendaki puncak Gunung Everest.
Beliau yang merupakan pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berjaya menawan puncak gunung Everest pada 12 Mei yang lalu pada usia 64 tahun.
Minatnya yang mendalam untuk mendaki gunung tersebut membuatkan beliau tekad menghabiskan usia tuanya untuk terus mendaki.
“Tahun depan saya ingin bercadang untuk medaki Gunung Denali di benua Amerika Utara dan seterusnya ke semua tujuh puncak gunung di tujuh benua ” katanya kepada Astro AWANI.
Bersama-sama pasukan ekspedisi, T. Ravichandran, 57 dan Sidharth Routray, 40, kesemuanya telah mencapai puncak Gunung Everest pada pada 9.17 pagi waktu Nepal (11.32 pagi waktu Malaysia).
Menurut Elanghovan, beliau hanya menggunakan wang persendirian dan bukan daripada bantuan atau tajaan daripada mana mana pihak untuk mendaki gunung tertinggi di dunia itu.
Selain itu, beliau turut berhasrat untuk menjejakkan kaki ke kesemua tujuh gunung tertinggi di setiap tujuh benua di dunia ini.
Untuk rekod, anugerah yang diraih Elanghovan itu sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Idris Said dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menawan puncak Gunung Everest pada usia 52 tahun.
Umar Sadique
Wed Jul 06 2022
Pendaki gunung, N. Elanghovan, menerima Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia tertua mendaki puncak Gunung Everest. - Astro AWANI
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Pesta Gendang Nusantara 2024 raih dua pengiktirafan MBOR
Pesta Gendang Nusantara mula dianjurkan pada 1995 bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi penggendangan di Malaysia dan nusantara.
Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas
Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini bakal memperagakan kostum wau terbesar bagi merebut gelaran Best National Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas pada Januari ini.
Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh MBOR sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam.
Pelatih kecergasan cipta rekod bersenam 12 jam tanpa henti
Kejayaan itu turut meletakkan nama Dr K Jey Prabakaran dalam Influencer Book of World Records.
Sarvysswharrann terima Anugerah Duta Penerbangan Terbanyak Kanak-Kanak MBOR
Kriteria MBOR bagi anugerah itu adalah seseorang kanak-kanak itu pernah sekurang-kurangnya menerima tiga anugerah duta penerbangan.
Penanaman 150,000 pokok, hadiah rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis
Kejayaan menanam pokok dalam masa satu jam bermula 9 hingga 10 pagi itu, telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.
Karnival Olimpik: P.Pinang terima pengiktirafan MBOR
Kerajaan negeri juga menerima sijil MBOR bagi penganjuran acara tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 2019 dan tahun ini.
Projek bersih Sungai Batu Malim sepanjang 17.1km pecah rekod Malaysia
Program ini sebagai memperkasakan kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar dan sungai.